Friday, August 4, 2017

UJIAN MADU. MITOS ZAMAN BERZAMAN TENTANG UJIAN MADU

UJIAN MADU ZAMAN BERZAMAN


1. Semut
Madu asli /lebah kelulut /lebah biasa turut dihurungi semut kerana madu asli juga mengandungi glukosa “monosaccharide” yg bersifat manis sama spt yg terdapat pd gula sintetik juga mengandungi glukosa polisacharide).  Namun mmg ada yg tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yg akan keluarkan gas (madu asli segar) yg akan membuatkan semut tidak tahan tekanannya dan mempunyai keasidan yg tinggi.

2.  Peti Sejuk
Madu asli mengandungi 18%-22% kandungan air.  Maka ia tetap akan mengeras jika dibiarkan lama dlm peti sejuk beku.  Namun terdapat juga madu asli yg tetap pd keadaan yg tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yg rendah & mempunyai kandungan mineral yg bersifat panas yg tinggi.

3.  Pembentukan Mendapan Kristal
Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan “nuclei” sekiranya disimpan pd suhu yg tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yg tidak sesuai.  Ini kerana madu asli yg mengandungi glukosa yg tinggi akan keluar dari keadaan super tepu “supersaturated” secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air.  Maka terdapat pengkristalan bukanlah petunjuk yg tepat dlm ujian madu.

4.  Telur
Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur separuh masak.  Penjual akan mencampurkan kapur yg bersifat panas pd kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan separuh masak.  Awas, kepalsuan ini amat bahaya terhadap kesihatan organ dalaman

5. Sudu Besi
Tiada kajian ilmiah memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat daripada besi.  Kalau ada tindakbalas yg kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dsbnya.  Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima shj drp penjual madu yg kurang maklumat.  Begitu juga banyak hadis palsu bertebaran mengenai khasiat madu.  Di Negara maju, analisa yg dibuat menunjukkan kaedah penyimpanan paling selamat bagi madu adalah menggunakan bekas kaca dan stainless steel

6. Madu diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil spt sarang lebah “hexagon”

Bentuk kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan /kepekatan madu yg terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon.  Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yg pekatnya sama spt madu contohnya shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yg sama.



TIP MENIKMATI KHASIAT MADU YAMAN
   Air suam atau Teh O : Menambah tenaga, Melancar penghadaman
   Kayu manis atau Telur ayam kampong atau Air kelapa muda : Memulih tenaga dalaman.
   Susu berkrim : Tumbesaran, Kesihatan, cegah Esteoporosis
   Halia : Buang angin
    Teh O + Limau nipis : Melega batuk, Serak & Melancar penghadaman.
    Cuka Epal : Penawar Batuk, Selsema dan Sejuk badan
    Hirisan Lemon + Halia + Air Suam : Kurangkan batuk dan sakit tekak.
    Teh Hijau atau Cuka Epal : Membakar lemak & Turunkan berat badan
    Sapukan ditempat melecur
    Pencicah roti, pisang goreng atau memasak lauk (daging ayam, kambing)
    Sangat sesuai untuk ibu mengandung.



    TEMPAHAN / PENGHANTARAN
    Harga             : Tidak termasuk postage
    Bayaran         : .Maybank  CIMB.
    Pos                 : .POSLAJU
    COD               : Kajang, Bangi, Cheras, Semenyih, Serdang,
    Putrajaya, Shah Alam, KLumpur

    HUBUNGI KAMI